F A K E S M I L E


Diaries About FcBook Twitter Newer Older +FOLLOW

Di Penghujung Pelangi
Assalamualaikum,semua. Today ada cerpen terbaik punya yang Eyka pernah buat. Tak pernah terfikir untuk menulis cerpen ini tapi nak buat macam mana idea dah ada so Eyka karang ler. Eyka karang cerpen ni waktu exam tau. Baca jangan tak baca.Citer ni kena bayangkan korang watak utama tau baru boleh "feel".
Terdengar bingit kapal terbang di angkasa raya,membelah awan menuju ke langit biru. Terlintas di mindaku, bolehkah cita-citaku seperti kapal terbang itu, pergi jauh hingga ke sana. Semuanya bercampur-baur. Harapan,pengorbanan serta kasih sayang.

Harapan aku, bagi kebanyakan orang benda ini bagai di pandang sebelah mata sahaja kerna ramai yang mengharap begini tapi tidak tercapai,betul tak? Banggakan ibu dan ayah. Aku ingin sekali banggakan mereka. Mereka bersusah payah bekerja hanya ingin melihat anak mereka tidak kelaparan. Ibuku sanggup berjaga malam setelah seharian bekerja tika matahari terbit hingga terbenam tanpa rehat, mengambil upah menjahit. Ayahku pula  membantu ibuku walaupun hanya dengan menggunting kain sekurang-kurangnya meringankan beban ibu padahal di siang hari dia memegang tukul, paku dan lain-lain untuk membina rumah orang lain.Tidakkah jasa mereka terlalu besar. Itu belum lagi ditambah keadaan mereka ketika aku masih kecil. Terpaksa berjaga malam mendengar teriakku menangis kelaparan. Perit ibuku mengandung dan melahirkan aku. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ibu dan bapaku dan sayangilah mereka lebih dari mereka menyayangiku. Amin, sesungguhnya engkau Maha Pengasih. Titipan doaku buat mereka. Aku pernah terdengar nenekku berkata, jikalau seseorang itu tidak mendoakan ibu bapa mereka dalam tempoh seminggu, boleh dikira sebagai anak derhaka. Aku tak mahu jadi anak derhaka.

Aku ingin sekali ke hujung pelangi itu, mencari siapa diriku. Tetapi aku sedar, aku perlu melalui pahit getir kehidupan ini dengan melakukan pengorbanan. Tidak kira dari segi apa sekalipun. Kesakitan,perasaan dan macam-macam lagi yang membelenggu diriku. Ku sanggup berkorban nyawa jika ia melibatkan agama Islam yang suci yang selama ini menjadi panduan hidupku,membentuk diri ini menjadi insan yang berguna pada bangsa dan negara. Aku tidak sanggup berlapar jika adik-adikku ingin menjamah makanan dalam pingganku. Aku harap semua itu berbaloi.

Aku senang menghabiskan sisa-sisa hidupku begini sebelum pergi ke hujung pelangi. Menanggung derita yang lama tempohnya membuat aku berputus asa  untuk hidup di muka bumi ini. Aku ingin gembirakan ibu bapaku dan adik-adikku tersayang, Angah,Alang,Achik dan Adiey. Semoga berbahagia selalu. Kasih sayang semua orang takkan pernah Kakak ragui. Kakak ingin menyatakan , Kakak sentiasa sayang keluarga kakak. Teruskan hidup jikalau kakak sudah tiada. Jangan sedih-sedih.

Nukilan ini saja aku coretkan. Tak tahu kenapa hati ini sering kali bergolak. Bagi sesiapa yang terbaca akan coretan gadis kidal ini, silalah fahami isinya.

                                                                                                                Salam sayang,
                                                                                                              Nur  , 01/01/01

Ibu mengetuk pintu bilik Nur.
"Nur,bangun sembahyang Subuh. Mari sembahyang berjemaah. Semua orang dah tunggu tu."
Ibu terus mengetuk. Hati ibu sudah tidak senang. Nur seorang anak yang baik. Jarang sekali dia bangun lewat sembahyang Subuh apatah lagi sembahyang berjemaah, jangan harap dia hendak tinggal.
Azan Subuh sudah berkumandang. Ibu tidak dapat menahan rasa ingin tahunya. D pulas tombol pintu bilik Nur.Di lihatnya Nur sedang terbaring kaku manakala tangannya seakan orang sedang bersolat. Di hampiri tubuh Nur dengan hati yang resah. Dia takut anaknya jatuh sakit.
"Nur bangun Nur. Mari kita sembahyang berjemaah. Dah masuk waktu Subuh ni."
Tangannya mengusap kepala anaknya itu. Terasa dingin yang menyentuh tangan lembutnya. Digerakkan bahu Nur dengan lembut. Tiada respon. Nur bagaikan tidur dengan lenanya dan seakan-akan tidak akan bangun lagi.
Tak mungkin anakku sudah tiada,fikir ibu. Air mata ibu sudah mengalir, dia takut akan hal itu berlaku.
"Ayahnya, cepat ke sini. Anak kita, Nur,"teriak ibu.
Sepantas kilat ayah bersama adik-adik yang lain datang menghampiri ibu.
"Kenapa ni? Nur sakit lagi?"
"Saya dah kejut dia banyak kali tapi tak bangun lagi. Saya risau sangat."
Ayah memeriksa nadi Nur.
"Innalillahhiwainnalillahhiraaji'un,"dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali.
Tangisan ibu semakin kuat. Ayah menyelimut tubuh Nur dengan kain selimut sambil air matanya mengalir di pipi. Adik-adik yang mengerti akan pemergian kakak kesayangan mereka turut mengalirkan air kesedihan.

Pengebumian Nur berjalan dengan lancar dengan izinNya. Ibu masih lagi berkabung mengenangkan anak sulungnya yang pergi dulu. Segala gelak tawa Nur pergi sekali dengan rohnya membuatkan rumah itu hambar sekali.
"Sudahlah. Kalau Nur lihat awak begini pasti dia sedih. Kita doakan saja dia ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah. Amin."
Ibu terpandang akan sehelai kertas terselit di kepala katil. Di ambil oleh ibu lalu dibaca isi surat itu.
"Anak ibu sudah ke hujung pelangi.
Ayah mengambil surat tersebut dari tangan ibu. Diamati tinta hitam itu.
"Awak dah bacakan. Dia tak mahu kita bersedih. Sudah lama dia menderita kerana penyakit leukimia. Lepaskanlah dia. Teruskan hidup. Macam mana anak-anak kita yang lain, hidup tanpa kasih sayang seorang ibu? Nanti mereka akan salahkan kakak mereka pula."
"Terima kasih kerana menyedarkan saya. Baiklah saya akan teruskan hidup saya. Saya redha dengan segala ketentuannya."
Ayah meletakkan surat itu di atas katil. Pergilah anakku. Ayah redhakan. Pergilah kau ke hujung pelangi.

0 comment[s] | back to top